Penyakit Bawaan Air

      Penyakit bawaan air merujuk kepada sekumpulan penyakit yang mampu menjangkiti manusia melalui makanan dan minuman yang tercemar sekiranya diambil. Selain itu, seseorang yang tidak membersihkan tangan dengan baik setelah memegang mana-mana objek yang dicemari, juga boleh mendapat penyakit ini sekiranya tangan tersebut digunakan untuk memegang atau menyuap makanan. Terdapat banyak penyebab atau punca yang dapat ditemui didalam kumpulan penyakit ini seperti bakteria, virus, ataupun parasit. Jangkitan seperti ini dinamakan sebagai ‘feco-oral’.

Contoh Penyakit Bawaan Air :

  1. Kolera (Taun)
  2. Leptospirosis
  3. Demam Tifoid (Kepialu)
  4. Hepatitis A
  5. Cirit-Birit

Punca Mendapat Penyakit Bawaan Air : 
  1. Mereka yang mengambil makanan atau minuman yang tidak bersih
  2. Mereka yang menguruskan makanan dengan cara yang tidak bersih
  3. Mereka yang tidak mengamalkan langkah kebersihan sebelum makan
  4. Mereka yang tinggal berdekatan tempat pembiakan tikus, lipas, atau lalat.
  5. Mereka yang menjalankan aktiviti di kawasan berair seperti kawasan air terjun
  6. Mereka yang tinggal di kawasan yang kerap banjir
  7. Mereka yang ketiadaan sumber air bersih

Tanda Penyakit Bawaan Air:
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Demam
  • Sakit otot
  • Cepat letih

Langkah-Langkah Pencegahan Yang Boleh Diambil Bagi Menangani Penyakit Bawaan Air
  • Memastikan sumber air adalah bersih untuk digunakan
  • Membasuh tangan menggunakan air bersih sebelum menyediakan makanan
  • Hanya meminum air yang telah dimasak dengan sempurna
  • Membasuh makanan segar seperti buah dan sayur dengan air bersih
  • Menjauhi makanan yang masih mentah
  • Mengupas kulit buah-buahan sebelum makan
  • Membasuh alatan hidangan dengan air bersih
  • Mencuci botol susu bayi dengan air bersih
  • Membeli makanan daripada gerai dan penjual yang bersih
  • Memakan makanan yang baru dimasak, masih panas, dan tidah terdedah
  • Membersihkan kawasan sekeliling rumah
  • Menghapuskan tempat pembiakan tikus, lipas, dan lalat
  • Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan tentang penjagaan diri




0 ulasan:

Catat Ulasan

Search