Lari Berganti-ganti (Relay)
1.0 PENGENALAN
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan.
Setiap acara adalah berlainan, di mana ianya berasaskan kepada
pergerakan-pergerakan semulajadi.Contohnya berlari, melompat dan membaling.Lari
berganti-ganti merupakan salah satu acara olahraga yang disukai ramai oleh
penonton dalam acara olahraga.
Objektif acara lari berganti-ganti adalah acara membawa baton
dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang atlet dengan
pentas. Terdapat beberapa jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga
pelbagai peringkat :
· 4 x 100
· 4 x 200
· 4 x 400
· 4 x 1600 (acara khas)
Ini adalah acara yang paling diminati & paling
mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu
kejayaan bagi sekumpulan pelari relay ialah persefahaman di antara pelari dalam
pasukan.
2.0 SEJARAH AWAL OLAHRAGA DAN LARI
BERGANTI-GANTI
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula
lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga
ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka
olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.Sukan olimpik Kuno yang
diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat
bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah
melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah
sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The
Encyclopedia of sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah
lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik
tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PEMILIHAN PELARI
Untuk
mendapatkan empat atau lima orang pelari pecut bukanlah suatu perkara yang
mudah. Biasanya untuk pembentukan satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 100
meter, pihak berkenaan akan mengadakan satu ujian khas. Pelari-pelari yang
mempunyai ciri-ciri keperluan yang tertentu seperti dihuraikan dalam Jadual
1 akan dipilih untuk menyertai acara lari berganti-ganti 4 x 100
meter tersebut. Selain itu pelari yang mempunyai persefahaman yang baik juga
dijadikan pertimbangan dalam hal ini.
Pemilihan
lain untuk memilih pelari adalah seperti menerusi perjumpaan olahraga yang
diadakan. Amalan seperti memilih secara automatik keempat-empat pemenang
pertama dalam acara 100 meter tidaklah begitu sesuai.
Giliran pelari |
Ciri-ciri keperluan |
1 |
a) - Pelari yang mempunyai permulaan yang baik.
Kebolehan untuk berlari di sekolah. b) - Biasanya pelari yang kedua terpantas dalam
pasukan. |
2 |
a) - Seorang yang boleh berlari lurus dengan baik. b) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri. |
3 |
a) - Seseorang yang dapat berlari di sekolah dengan
baik. b) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan
kanan. |
4 |
a) - Seseorang yang mempunyai semangat bertanding yang
tinggi. b) - Kebolehan untuk berlari lurus dengan yakin. c) - Biasanya pelari yang terpantas sekali dalam
pasukan. d) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri. |
Jadual 1
Secara amanya,
pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa ciri yang tertentu, pelari itu
biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang pantas serta
kuasa otot yang tinggi.
Pelari Pertama
Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama
berkemampuan berlari dengan baik.
3 aspek penting :
1. Harus mempunyai permulaan yang baik
sambil tangan memegang baton.
2. Berkeupayaan berlari di selekoh
3. Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
Pelari Kedua
Mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton
(selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua
hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).Aspek yang paling
utama bagi pelari ini ialah atlet berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.
Pelari Ketiga
Pelari ketiga terpantas dalam pasukan.Berkebolehan &
berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan
jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
Pelari Akhir
Pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal
tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Pelari ini juga
mestilah berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek
namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.
4.0
CARA MEMEGANG BATON
Cara memegang
baton
Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut
keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang
adalah seperti Rajah 1 : -
Raja
1 : Teknik memegang baton
4.1 GAYA DAN TEKNIK
PERTUKARAN BATON
Terdapat dua teknik asas penukaran baton iaitu teknik
bawah-atas dan teknik atas-bawah.
a)
Teknik atas-bawah (downsweep)
- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah
jatuh
- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan
apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah
kanan lorongnya.
- Sambil berlari, pelari kedua akan
mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima
baton.
- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan
gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan
kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan
memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.
b) Teknik bawah-atas (upsweep)
- Pelari dengan baton menghayun baton dari
bawah ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk “V” yang dibentukkan
dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.
- Cara berisiko kerana baton mudah jatuh
jika tiada persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima.
- Pelari pertama membawa baton dengan
tangan kanan dan apabila sampai ke zon pertukaran, pelari kedua mula memecut
dari sebelah kanannya.
- Sambil berlari, pelari kedua mengangkat
tangan kiri seperti menadah tangan ke bawah untuk terima baton.
- Pelari pertama akan memberikan baton
kepada pelari kedua dengan gerakan tangan dari bawah ke aras. Pelari kedua akan
membawa baton dengan tangan kiri.
Cara
Memberikan Baton
1. kepantasan
larian dikekalkan semasa pemberian baton
2. pemberi
harus beri isyarat kepada penerima
3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4. perhatikan
tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
1. Penerima dalam keadaan yang sedia
2. Menoleh untuk memandang pelari yang
membawa baton
3. Berlepas
dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang,
jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4. Hulurkan tangan lurus ke belakang
apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
5. Pegang baton dengan erat di bahagian
pangkalnya.
c) Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton
dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada
pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima
baton.
- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan
menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka
serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.
- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu
antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.
- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan
pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton
serta-merta.
- Pelari yang
memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal
kelajuan sendiri untuk berhenti.
d)
Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa
pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke
belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan
diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan
pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x
400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan
bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus
dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan
terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara
ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan
pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta
merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan
kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.
- Perlakuan
diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
5.0
ZON PERTUKARAN BATON
- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon
penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
- Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang
10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.
- Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan
larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
Rajah 2 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter
Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.
3.Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.
Rajah 3 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah
6.0
PERATURAN LARIAN
Aturan
Umum
- Lari
ikut lorong yang ditetapkan
- Buat
pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
- Buat
pertukaran baton yang bersih
- Kekalkan
baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian
Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama
- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam
kedudukan permulaan
- Permulaan gaya sama dengan
permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh
itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.
- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke
hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan
longgar.Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan
garisan permulaan.
- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan.
Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan
permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m
hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.
- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan
oleh pelepas
- Berlari
pada seekoh pertama (pantas di selekoh)
Pelari
Kedua
- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk
berdiri
- Berlari dalam lorong lurus (terpantas
larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.
- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap
terima & beri baton dengan tangan kiri)
Pelari
Ketiga
- Bersedia dan mula berlari dalam
bentuk berdiri
- Lari dalam lorong sendiri pada
selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
- Bawa baton pada tangan kanan (cekap
penerimaan baton dengan tangan kanan).
- Lari di sebelah dalam lorong
sendiri.
Pelari
Keempat
- Bersedia
dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
- Pantas
berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
- Tamatkan
larian di garisan penamat.
- Pelari
yang penuh keazaman & tenang.
0 ulasan:
Catat Ulasan