Menyejukkan Badan (COOLINGDOWN)

 Menyejukkan Badan (COOLINGDOWN)

 

Pengenalan dan kepentingannya

 

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.

Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan.

 

Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.Aktiviti  ini  adalah  bertujuan  untuk  memulihkan  semula  otot-otot selepas melakukan aktiviti senamann ataupun selepas bersukan.Hal ini juga adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan semula kepada otot-otot selepas bersukan.Sekiranya aktiviti cooling down ini tidak dilakukan selepas menjalan sesuatu aktiviti sukan,biasanya akan berlaku kelesuan kepada otot yang disebabkan adanya pengumpulan asid laktik pada otot.Fisiologi menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi kepada keadaan rehat secara progresif. Fungsi fisiologi yang dimaksudkan ialah:

 

Fungsi denyutan jantung.

Fungsi pernafasan.

Fungsi peredaran darah.

Fungsi otot-otot rangka.

Salah satu faktor fisiologi dalam melakukan aktiviti secara progresif penyejukan badan ialah asid laktik yang terkumpul semasa aktiviti fizikal akan dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain.

 

Aktiviti menyejukkan badan melibatkan dua aktiviti utama iaitu regangan dan aktiviti berintensiti yang rendah. Aktiviti regangan semasa menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman mereka adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.

 

Aktiviti gerakan badan dapat mempercepatkan kembalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa aktiviti sukan utama.  Sekiranya seseorang itu berhenti serta merta setelah satu sesi aktiviti sukan yang lama dan berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood pooling) akan terbentuk di kaki atlit tersebut.  Ini akan menurunkan tekanan darah dalam badan kerana.

 

Prosedur

 

Lakukan cooling down dalam masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.Ia di lakukan dalam masa ini bagi memastikan hasil senaman menyejukkan badan berhasil.

Pastikan semua anggota badan terlibat semasa cooling down.Hal ini kerana sekiranya terdapat anggota badan yang tidak terlibat maka berkemungkinan besar atot yang tidak terlibat akan mengalami kelesuan ataupun cedera.

Seterusnya ulang semula aktiviti semasa sesi memanaskan badan.Dalam prosedur ini pula.Setiap mana-mana sesi pemanasan yang telah di jalankan semula.

Pastikan setiap regangan cooling down dilakukan selama 12-15 saat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search