Pengenalan
- Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.
- Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.
- Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
- Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.
Aras 1 : Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian |
|
Aras 2 : Buah-buahan dan sayur- sayuran |
|
Aras 3 : Ikan, ayam, daging dan kekacang |
|
Aras 3 : Susu dan hasil tenusu |
|
Aras 4 : Lemak, minyak, garam dan gula |
|
Jumlah sajian yang disarankan berdasarkan keperluan kalori
Jadual 1: Bilangan sajian makanan mengikut keperluan kalori harian
Kumpulan Makanan | 1500 kkal/hari 1 | 2000 kkal/hari 2 | 2500 kkal/hari 3 |
---|---|---|---|
Bijirin | 4 sajian | 6 sajian | 8 sajian |
Buah-buahan | 2 sajian | 2 sajian | 2 sajian |
Sayur-sayuran | 3 sajian | 3 sajian | 3 sajian |
Daging/Ayam Ikan Kekacang | ½ sajian 1 sajian ½ sajian | 1 sajian 1 sajian 1 sajian | 2 sajian 1 sajian 1 sajian |
Susu dan produk tenusu | 1 sajian | 2 sajian | 3 sajian |
1 Sesuai bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas
2 Sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif
3 Sesuai bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan