Cara Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu  
                                                 serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara. 
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135 

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028

Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM

(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring  (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan |  9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik | 2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam |  8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur


Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.

Makluman Lanjut


Kepada yang berbakat dan berminat untuk menjadi atlit negara, tingkatkan kemahiran dan kehebatan dalam bidang sukan yang diminati. Semoga terpilih ke SSM atau SSN. Anda dapat 2 perkara, penguasaan akademik dan kehebatan dalam sukan dan permainan. Semoga berjaya. Majulah Sukan Untuk Negara.

36 ulasan:

Unknown berkata...

Jika pernah menjadi wakil sekolah dan menjadi olahragawan boleh atau tidak untuk terpilih memasuki sekolah sukan bukit jalil

Unknown berkata...

Wakil sekolah iaitu mssm

Unknown berkata...

kalau nak masuk sekolah sukan . sy nk ambil bahagian hoki. pernah wakil daerah

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mcm mna nk daftar sklh sukan SSTMI??blh tlg jelas kn

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kalau nk msuk sklh sukan nk ambik bahagian bola sepak mcm mne ye saye pernah wakil sekolah ade sijil dn pernah mendapat anugerah

chessper82 berkata...

macamana nak masuk ke sekolah ni..ada ujian tid lagi ke?perlu telefon terus ke pihak sekolah ke

chessper82 berkata...

macamana nak masuk ke sekolah ni..ada ujian tid lagi ke?perlu telefon terus ke pihak sekolah ke

Unknown berkata...

Boleh daftar lgi ke.... klu bleh nak masuk dlm sukan bola sepak...pencapaian yg trtinggi skali peringkat negeri...camne nak dafter ye..????

Unknown berkata...

adik saya main bola sepak dah sampai negeri . then cam mana nak daftar yee .

aiqal berkata...

saye nak masuk ke sekolah sukan ini..tetapi saya tidak tahu cara untuk memohon masuk ke sekolah sukan ini....

aiqal berkata...

saye nak masuk ke sekolah sukan ini..tetapi saya tidak tahu cara untuk memohon masuk ke sekolah sukan ini....

Unknown berkata...

Saye nk join sklh sukan ini blh ke...klau blh mcm mne nk msk

Unknown berkata...

Macam mne kalau saya nak masuk sekolah sukan ni.saya pernah mewakili negeri dalam acara kriket

Unknown berkata...

Macam mne kalau saya nak masuk sekolah sukan ni.saya pernah mewakili negeri dalam acara kriket

Unknown berkata...

Assalamualaikum...saya minat and aktif dlm bidang sukan ni...saya baru lepas ambil spm 2015 pada umr 18 thn.saya ambil spm lewat kerana sebelum ni saya belajar di madrasah/tahfiz.alhamdulillah keputusan spm lulus...boleh ke saya memohon utk masuk ke sekolah sukan pada umr 19 thn?saya pernah wakil bola sepak peingkat daerah pada umr 11 thn/atlet masa sekolah rendah/dan byk lagi prnh saya wakili masa sekolah rendah..skrg masih aktif brsukan..mohon penjelasan..?terima kasih...ni no saya 0136090755/0137127686

OddShukri berkata...

saya minat sekolah sukan bidang terjun saya berumur 19 memohon tolong

OddShukri berkata...

muhammad hanif
saya minat sekolah sukan bidang terjun saya berumur 19 memohon tolong

Azr.co berkata...

Klau mcm minat dalam bola sepak mcm saya ni..bagaimana nk daftar ye?.sbb saya mmg teringin nk bermain di atas padang
.

Azr.co berkata...

Klau mcm minat dalam bola sepak mcm saya ni..bagaimana nk daftar ye?.sbb saya mmg teringin nk bermain di atas padang
.

Hey!This Is Blogger Gurl! berkata...

saye minat sukan bola, klu nk mohon boleh x?

Hey!This Is Blogger Gurl! berkata...

boleh bg tau saya care nk mohon.

Hey!This Is Blogger Gurl! berkata...

boleh bg tau saya care nk mohon.

Unknown berkata...

Saya pernah main sampai peringkat negeri..saya ingin msk ssbj.anda blh tlg jlskan..naa saya pavitran rajendaran..nom saya 01126090268

Unknown berkata...

Macam mana nak mohon ke sekolah sukan ni dlm bidang bola sepak

Syazwan berkata...

Nak tanya macmmna nk mohon masuk?

didaa berkata...

saya minat sukan bola sepak and bola baling , bagi acara bola baling saya pernah mewakili daerah , bola sepak saya tidak pernah mewakili lagi , tapi saya berminat sangat dengan acara bola sepak wanita .

Unknown berkata...

saya minat sukan bola jaring , saya pernah mewakili zone daerah saya tak ingat , tapi saya berminat sangat dengan acara bola jaring

Unknown berkata...

Saya minat sukan bola sepak ,saya rase macam nak jadi seorang permain bola sepak ,tapi tak tahu lah rakyat Malaysia ade terime kat warga asing rohingya

Unknown berkata...

Saya minat bola tampar saya dekat sekolah menengah setiap ikut pertandingan

Unknown berkata...

Sya nk masuk sekolah ssbp dan sya juga berminat badminton dan olahraga

Unknown berkata...

Tolong mohon kan Saye ke sekolah sukan

Unknown berkata...

Tolong mohon kan Saye ke sekolah sukan bukit nanas

Danish Zafran bin Muzaimy berkata...

Saya pernah menjadi wakil sekolah dan saya pernah mendapat gol terbanyak adakah saya layak

Sepak takkraw berkata...

Macam mane nak masuk masuk sekolah sukan tabuan jaya

Catat Ulasan

Search