PENYAKIT TAK BERJANGKIT ( Tahun 4 )

Penyakit tak berjangkit ialah epidemik yang sedang melanda Malaysia pada masa kini. Buat masa sekarang, ia suatu beban kepada kesihatan negara. Tetapi, adakah kita semua tahu apakah sebenarnya penyakit tak berjangkit?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit, kebanyakannya adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain. Penyakit-penyakit ini biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang lama, selalunya sepanjang hayat.
Penyakit tak berjangkit boleh dibahagikan kepada:
  1. Penyakit kardiovaskular (jantung dan salur darah) seperti serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi/hipertensi, hiperkolesterolemia/kolesterol tinggi)
  2. Barah/kanser
  3. Penyakit pernafasan kronik seperti penyakit peparu sesak/tersumbat yang kronik dan lelah
  4. Diabetes/kencing manis
  5. Penyakit mental
  6. Penyakit yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami.


Langkah Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

1. Mengetahui tahap kesihatan diri

Ini adalah langkah pertama bagi mencegah NCD. Anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi mengetahui status terkini kesihatan anda. Ini secara langsung boleh membantu anda memahami apa yang berlaku dalam tubuh dan mendapatkan rawatan atau rundingan kesiharan sepatutnya dengan doktor.

2. Mengamalkan diet yang sihat

Keadaan tubuh sangat berkait rapat dengan amalan pemakanan anda. Namun ramai berpendapat bahawa makana sihat itu membosankan dan tidak menarik. Makanan yang sihat memerlukan “BMV” iaitu  seimbang (balanced) dalam jumlah yang sederhana (moderation) dan pelbagai (variety) berdasarkan piramid makanan.

3. Kekal aktif

Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan dan fleksibiliti, serta membakar kalori bagi memastikan anda sentiasa sihat. Garis Panduan Pemakanan Malaysia mencadangkan agar semua orang dewasa meluangkan masa sebanyak 30 minit dalam sehari melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya lima hingga enam hari seminggu. Sebaiknya setiap hari bagi mengekalkan berat badan semasa.

4. Rehat yang cukup

Tekanan adalah satu perkara normal dalam kehidupan. Namun, tekanan berpanjangan telah dikenal pasti sebagai salah sebuah faktor yang meningkatkan risiko berlakunya NCD, terutamanya penyakit jantung. Langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan adalah berbual dengan rakan atau mengambil cuti pendek bagi merehatkan diri.

5. Tidur yang mencukupi

Kualiti tidur mempunyai hubungan secara terus dengan kehidupan seharian seseorang. Ia boleh mempengaruhi ketajaman mental, produktiviti, keseimbangan emosi, kreativiti dan kecergasan fizikal. Ini menunjukkan tidur salah satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah NCD.

6. Tidak merokok

Setiap batang rokok mengandungi ribuan bahan kimia yang boleh merosakkan organ yang sihat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling anda yang menghidu asapnya. Merokok boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kadar aliran darah serta menyebabkan ketagihan. Rokok sangat berisiko terhadap NCD seperti penyakit kardiovaskular, diabetis, kanser dan gangguan pernafasan kronik.

7. Elakkan pengambilan alkohol

Sama seperti merokok, pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko individu menghidap NCD. sebolehnya kurangkan atau elakkan pengambilakan alkohol bagi mencegah risioko penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search