Cara Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu  
                                                 serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara. 
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135 

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028

Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM

(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring  (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan |  9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik | 2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam |  8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur


Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.

Makluman Lanjut


Kepada yang berbakat dan berminat untuk menjadi atlit negara, tingkatkan kemahiran dan kehebatan dalam bidang sukan yang diminati. Semoga terpilih ke SSM atau SSN. Anda dapat 2 perkara, penguasaan akademik dan kehebatan dalam sukan dan permainan. Semoga berjaya. Majulah Sukan Untuk Negara.

Pemanasan Badan Sebelum Senaman


Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman
Sebab-sebab:-
• Memanaskan otot
• Menambahkan peredaran darah ke otot

Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.

Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab:
• Merehatkan otot
• Membuang bahan perkumuhan
• Penambahbaikan kelenturan

Bagaimana menyejukkan badan:
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman

SENAMAN


* Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
* Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan
bebanan pada jantung anda.
* Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan
kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
* Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density
lipo’ proteins (HDL).
* Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
* Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
* Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
* Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam

Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.

Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.

Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.

Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
Search