KEMAHIRAN GERAK KAKI (Footwork) BADMINTON ( Tahun 4 )

Footwork membolehkan pemain menghasilkan pukulan berkualiti , iaitu apabila dilakukan dengan baik.Untuk memukul dengan posisi baik, seorang pemain harus memiliki kepantasan pergerakan. Kepantasan pergerakan kaki tidak dapat dicapai kalau footwork-nya tidak teratur.




Asas pergerakan kaki

a. Gerak kaki ke belakang

Ø Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang

Ø Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi

Ø Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukakan pukulan

b. Bergerak ke hadapan

Ø Gerak kaki ke hadapan

Ø Kaki kanan bergerak ke hadapan

Ø Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan

Ø Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek

Ø Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus

Ø Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia

c. Bergerak ke sisi

Ø Bergerak ke kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.

Ø Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.

LIHAT VIDEO DI BAWAH :












Pandu Arah Berfokus ( Tahun 6 )

Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. 
 Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.



Kompas Silva
-Petunjuk
  1. Skala dalam mm dan inci
  2. Kepingan tapa telus cahaya
  3. Utara dial
  4. Jarum magnetik Utara
  5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.
  6. Anak panah arah perjalanan
  7. Kanta pembesar
  8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
  9. Anak panah
  10. Dial
  11. Lubang untuk ikat tali


CARA MENGGUNAKAN KOMPAS SILVA

1. Letakkan kompas anda pada peta kawasan tersebut dengan hujung Base Plate menghubungkan lokasi anda berada dengan arah lokasi anda akan tuju.





2. Tetapkan garisan tengah dalam kompas dengan memusingkan Dial kompas mengikut garisan pada peta anda  "sejajar dengan Utara Magnetik (MN) pada peta





3.Keluarkan kompas dari peta dan hala ke hadapan anda dengan Travel Arrow menunjuk ke depan/lokasi. Pusingkan badan anda sehingga hujung merah jarum kompas berubah dengan menunjuk kepada "N" pada di dalam dail kompas. Arah Perjalanan Arrow kini menunjukkan tepat ke destinasi anda. Lihat pada satu mercu tanda (bukit, puncak gunung, pokok)  dan berjalan kepadanya. Ulang prosedur ini sehingga anda sampai ke destinasi anda.


Kebaikan Sukan Orienteering (Pandu Arah )
·         1. Sukan untuk semua
·         2. Meningkatkan kecergasan fizikal
·         3. Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
·         4. Memberi cabaran & keseronokan
·         5. Membina sikap positif & keyakinan diri
·         6. Menggunakan persekitaran yang sihat
·         7. Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
·         8. Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas.


L                            Lihat cara permainan sukan Orienteering : https://youtu.be/H3_gA50b1qc
   
Like 👍 Share 👌 Subscribe ☝







PENYAKIT TAK BERJANGKIT ( Tahun 4 )

Penyakit tak berjangkit ialah epidemik yang sedang melanda Malaysia pada masa kini. Buat masa sekarang, ia suatu beban kepada kesihatan negara. Tetapi, adakah kita semua tahu apakah sebenarnya penyakit tak berjangkit?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit, kebanyakannya adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain. Penyakit-penyakit ini biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang lama, selalunya sepanjang hayat.
Penyakit tak berjangkit boleh dibahagikan kepada:
  1. Penyakit kardiovaskular (jantung dan salur darah) seperti serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi/hipertensi, hiperkolesterolemia/kolesterol tinggi)
  2. Barah/kanser
  3. Penyakit pernafasan kronik seperti penyakit peparu sesak/tersumbat yang kronik dan lelah
  4. Diabetes/kencing manis
  5. Penyakit mental
  6. Penyakit yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami.


Langkah Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

1. Mengetahui tahap kesihatan diri

Ini adalah langkah pertama bagi mencegah NCD. Anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi mengetahui status terkini kesihatan anda. Ini secara langsung boleh membantu anda memahami apa yang berlaku dalam tubuh dan mendapatkan rawatan atau rundingan kesiharan sepatutnya dengan doktor.

2. Mengamalkan diet yang sihat

Keadaan tubuh sangat berkait rapat dengan amalan pemakanan anda. Namun ramai berpendapat bahawa makana sihat itu membosankan dan tidak menarik. Makanan yang sihat memerlukan “BMV” iaitu  seimbang (balanced) dalam jumlah yang sederhana (moderation) dan pelbagai (variety) berdasarkan piramid makanan.

3. Kekal aktif

Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan dan fleksibiliti, serta membakar kalori bagi memastikan anda sentiasa sihat. Garis Panduan Pemakanan Malaysia mencadangkan agar semua orang dewasa meluangkan masa sebanyak 30 minit dalam sehari melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya lima hingga enam hari seminggu. Sebaiknya setiap hari bagi mengekalkan berat badan semasa.

4. Rehat yang cukup

Tekanan adalah satu perkara normal dalam kehidupan. Namun, tekanan berpanjangan telah dikenal pasti sebagai salah sebuah faktor yang meningkatkan risiko berlakunya NCD, terutamanya penyakit jantung. Langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan adalah berbual dengan rakan atau mengambil cuti pendek bagi merehatkan diri.

5. Tidur yang mencukupi

Kualiti tidur mempunyai hubungan secara terus dengan kehidupan seharian seseorang. Ia boleh mempengaruhi ketajaman mental, produktiviti, keseimbangan emosi, kreativiti dan kecergasan fizikal. Ini menunjukkan tidur salah satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah NCD.

6. Tidak merokok

Setiap batang rokok mengandungi ribuan bahan kimia yang boleh merosakkan organ yang sihat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling anda yang menghidu asapnya. Merokok boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kadar aliran darah serta menyebabkan ketagihan. Rokok sangat berisiko terhadap NCD seperti penyakit kardiovaskular, diabetis, kanser dan gangguan pernafasan kronik.

7. Elakkan pengambilan alkohol

Sama seperti merokok, pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko individu menghidap NCD. sebolehnya kurangkan atau elakkan pengambilakan alkohol bagi mencegah risioko penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser.
Search